Sunday 20 April 2014

Refleksi Minggu ke-10 - tween & shape motion

Alhamdulillah..pada minggu ke-10, kami didedahkan dengan  :
  • penggunaan library
  • menukar simbol kepada to graphic, button and movie clip
  • tween motion & shape motion
------------------------------------------------------------

Penggunaan Library

Library adalah simpanan symbol yang telah diubah kepada graphic, button atau movie clip. Tujuannya supaya graphic, button dan movie clip yang ingin digunakan berulang kali hanya perlu ditarik daripada simpanan library. Penggunaan library ini akan mengurangkan saiz fail flash.

Mengubah simbol kepada graphic, button dan movie clip
  1. Pada rajah yang ingin diubah, klik 'Convert to Symbol'
  2. Pilih untuk diubah kepada graphic jika rajah yang akan digunakan untuk paparan gambar sahaja.
  3. Pilih untuk diubah kepada button jika rajah yang digunakan untuk menghasilkan butang yang berubah warna apabila cursor dilalukan pada rajah.
  4. Pilih untuk diubah kepada movie clip jika motion yang dihasilkan akan digunakan berulang kali

Tween motion
Contoh tween motion

  1. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya dua keyframe yang mempunyai rajah bola yang sama pada kedua-dua keyframe.
  2. Sebagai contoh : Keyframe 1 diletakkan pada frame 1 dan keyframe 2 diletakkan pada frame 10.
  3. Pada keyframe pertama, klik kanan dan pilih 'Create motion tween'
  4. Pada layer frame akan terlihat seperti anak panah daripada keyframe pertama ke keyframe kedua.
  5. Keseluruhan frame yang terlibat akan bertukar berwarna biru (asal kelabu) seperti rajah di bawah.

Shape motion


Contoh shape motion

  1. Menggunakan kaedah yang sama seperti tween motion, memerlukan dua keyframe.
  2. Keyframe pertama dan kedua diletakkan rajah yang berbeza bentuk supaya apabila shape motion dimasukkan akan menghasilkan pertukaran bentuk daripada keyframe 1 ke keyframe 2.
  3. Keseluruhan frame yang terlibat akan bertukar warna hijau (asal kelabu) seperti rajah di bawah.


Hasilnya...




    No comments:

    Post a Comment