Kelas yang dipimpin oleh PM Dr. Zaidatun Binti Tasir (dengan panggilan mesra Dr. Zaida :-) ) dan dipimpin bersama oleh Dr. Norasykin Mohd Zaid sangat menyeronokkan dan agak santai ditambah dengan perbincangan ilmiah sesama pelajar. Walaupun medium bahasa yang digunakan oleh Dr. Zaida adalah Bahasa Inggeris, namun dengan sebutan yang jelas kami dapat memahami kandungan pembelajaran dengan baik.
Berikut adalah subtopik yang disampaikan dalam kelas di minggu ke-2:
- Multimedia Programming vs Multimedia Authoring
- Standalone Application vs Web
- Static vs Dynamic Website
- ASP vs PHP (tugasan ringkas diberikan)
Multimedia Programming vs Multimedia Authoring
Ciri-ciri Multimedia Programming :
- memerlukan pengetahuan dan kemahiran programming dan teknikal yang lebih tinggi berbanding authoring.
- memerlukan tempoh masa yang lebih panjang berbanding authoring.
- boleh menghasilkan pelbagai bentuk sistem dan multimedia tanpa had.
- menggunakan bahasa pengaturcaraan C, C++ atau Javascript.
Contoh programming ringkas bahasa C++
Ciri-ciri Multimedia Authoring :
- hanya memerlukan kemahiran penggunaan aplikasi authoring seperti Macromedia Authorware.
- memerlukan tempoh masa pelaksanaan yang lebih pendek berbanding programming.
- mempunyai had dalam menghasilkan sebuah multimedia atau sistem (hanya berasaskan icon yang disediakan dalam aplikasi)
- menggunakan metafora yang berasaskan icon.
Contoh authoring ringkas (perbandingan dengan programming)
Standalone Application vs Web
Ciri-ciri Standalone Application :
- dihasilkan menggunakan perisian Authorware, Flash, Swish atau lain-lain perisian yang sesuai.
- tidak memerlukan penggunaan internet.
- boleh disampaikan dalam bentuk CD, pendrive, youtube dan sebagainya.
- contohnya seperti CD Courseware PPSMI.
Ciri-ciri Web :
- dihasilkan menggunakan perisian Frontpage, Dreamweaver atau aplikasi atas talian seperti blogspot dan wordpress.
- memerlukan penggunaan internet.
- hanya disampaikan atas talian.
- contohnya seperti blog ini.
Static vs Dynamic Website
Ciri-ciri Static Website :
- kandungan tidak boleh diubah oleh pengguna lain.
- Contoh : blog ini, laman web KPM, laman web myTonton
Ciri-ciri Dynamic Website
Diharapkan kandungan post kali ini mempunyai faedah kepada pelawat blog.
Sekian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment